Tuesday 13 December 2016

Rintihan seorang anak

Pada suatu malam seorang ibu menghampiri anaknya yang tengah khusyuk belajar kerana peperiksaan SPM yang bakal di dudukinya pada esok hari....

Ibu:wahai anakku belajarlah    
    bersungguh-sungguh agar kau
    berjaya dan mencapai cita-cita         
     yang kau impikan.

Anak:ya ibu,saya akan lakukan yang
           cemerlang dan menjadikan cita-
           cita saya.

Ibu:Tapi dalam mengejar cita-cita
        jangan sesekali kamu
        meninggalkan tanggungjawab
         kamu sebagai seorang muslim.
    
Anak:Ya ibu.Saya tidak akan
           meninggalkannya.

Ibu:Kamu tidurlah dulu.Dalam
        peperiksaan ini kamu kena cukup
        rehat,makan dan tidur.

Anak:Ok,ibu.Tapi,saya ada satu
           permintaan.

Ibu:Apa dia insyaallah ibu akan
        tunaikan.

Anak:Bolehkah malam ni ibu temankan
            saya tidur??

Ibu:Boleh.Baiklah malam ni ibu
       temankan kamu ya.

Beberapa bulan telah berlalu.Keputusan spm yang dinanti-nantikannya telah pun keluar.

Ibu:Nak esok merupakan hari yang
        penting dalam hidup kamu.Ibu
        doakan.semoga kamu mendapat
         keputusan yang cemerlang.

Anak:Amin ibu.

Keesokan harinya.....

Ibu:Tahniah anakku.Ibu begitu bangga
       dengan kejayaan yang kamu
       perolehi ini.

Anak:Terima kasih,bu.Saya takkan
            dapat keputusan yang
             cemerlang ini tanpa dorongan
             dan doa ibu.

Seminggu kemudian.....

Anak:Bu bolehkah esok saya pergi
           sekolah.Sebab kata cikgu ada
            surat untuk saya.

Ibu:Boleh.Pergilah..

Aku ingin mengongsikan berita gembira ini bersama ibuku.Pasti dia bangga kerana azamnya yang menginginkanku untuk menjadi doktor bakal tercapai.Monologku sambil meratap surat tawaran di tanganku.....

Sewaktu aku tiba di perkarangan rumah,aku melihat kelibat orang ramai berkumpul di rumahku dan aku terlihat sepotong kain putih tergantung di pagar rumahku.Dengan hati yang gelisah,aku berlari ke arah rumahku.Aku meluru masuk ke dalam dan melihat seseorang sedang terbaring keadaanya seperti seseorang yang telah meninggal dunia kerana dirinya dililit dengan pakaian putih dan orang ramai mengelilinginya sambil membacakan yaasin.

Aku:Mak cik siapa yang meninggal tu,tanyaku dengan keliru terhadap salah satu jiranku.

Mak cik:Nak sabar yaa..itu adalah ibumu.

Aku:Bukan!!Bukan!!Bukan!!
        Itu bukan ibuku!!(kataku sambil
          air mataku mulai mengalir dengan                         deras)
         
Mak cik:Nak sabar yaa..ibumu telah di jemput oleh Allah sebentar tadi.

Aku:Tak mungkin,makcik..tadi sewaktu saya pergi sekolah ibu baik2 saja..ini memang mustahil,kataku dengan nada yang tak berdaya..

Mak cik:Nak terimalah ini semua adalah ujian daripada Allah.Ingatlah nak setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Aku menghampiri jenazah ibuku bersama surat tawaran yang baru sahaja aku terima

Ibu mengapa begitu cepat ibu meninggalkanku.Baru sahaja saya mau menunjukkan kepada Ibu surat tawaran ini,tapi tak sempat Allah telah memanggil bu dahulu..

Ibu nampak ni saya telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti Oxford..

5 tahun kemudian......

Majlis penerimaan sijil kedoktoran telah tiba..Namaku telah di sebut sebagai salah satu yang bakal memasuki dunia perubatan..

Alangkah indahnya jika hari yang bahagia ini dapat aku kongsikan bersama ibuku...IBU AKU MERINDUIMU!!!lirihku di dalam hati seraya air mataku mengalir dengan deras...

Seandainya saat ini ibu masih hidup ...aku takkan mengecewakkannya..