Wednesday 26 April 2017

Cinta

باسم الله الرحمن الرحيم

cinta..
cinta itu hadir dalam jiwa.
cinta hadir tanpa disengaja.
Cinta hadir tanpa diundang,
Tapi cinta mampu memberikanku ketenangan,
siapa sangka cinta itu indah.

aku tidak mengharapkan cinta dari ajnabi.
Kerna ku tahu cinta ajnabi tak selalunya indah,
tapi cukuplah cinta dari illahi.
Kerna cinta Illahi bersifat hakiki..

Cinta juga memerlukan kesetiaan,
Bukan sahaja setia pada cinta manusia,
Namun kesetiaan utama pada cinta Illahi,
Dan jangan kau berpaling dari cintaNya,
Dan jangan kau menduakanNya..

Kau takkan tahu betapa indahnya cinta ILLAHI,
jika kau tak semaikan dalam dirimu,
Cinta illahi lebih indah berbanding cinta ajnabi...

Tapi aku tahu,
Cinta juga akan wujud dikalangan ajnabi,
Tapi sebelum kau semakin mendalam mencintainya,
Seharusnya kita mencintai Illahi,
Kerna cinta illahi yang hakiki lah,
Memberikan ketenangan hati...

Redha

بسم الله الرحمن الرحيم

Redha...

Indahnya hatiku bukan kepalang,
Apabila melakukan sesuatu yang cukup bermakna tanpa dihalang,
Kerna yang pasti kerja itu ke arah kebaikan,
Oleh itu aku mendapatkan keredhaan...

Aku hanyalah kudrat kecil,
Yang ingin cuba memunculkan diri,
Di dunia realiti,
Namun dapatkah hajat ku terrealisasi,
Tanpa redha dari Illahi..

Ku meniti laluan dunia,
Ku mengelilingi hingga ke pelosok dunia,
Ku menjalajahi satu dunia,
Ku berjaya membuktikan pada dunia yang wujudnya keredhaan,
Maka hadirlah kesempurnaan..

Sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Menahan rindu

Hadirmu begitu beerti dalam hidupku,
Kerna kau berjaya membawa sinar baru dalam diriku,
Yang orang lain tak mampu lakukan untuk diriku..

Kaulah bidadari tak bersayapku,
Hadirmu membelai jiwaku,
Dirimu berjaya menghasilkan coretan yang indah dalam hidupku,
Yang takkan mampu ku padam,
Ataupun lupuskan dari kehidupanku..

Aku sungguh rindu dengan dirimu,
Meskipun kau berada di depan mataku,
Lebih-lebih lagi bila kau berjauhan dariku,
Ku hanya mampu menahan rindu,
Yang semakin membelenggu diriku..

Ku amat menyayangimu,
Ku tak sanggup kehilanganmu,
Tetaplah di sisiku,
Kerna ku pasti jiwaku kan kekosongan tanpa dirimu di sisi..

Ku selalu merinduimu,
Kerna kau seperti bulu perindu,
Membuat orang tak pernah jemu,
Ikhlas menabur kasih,
Dan mewujudkan ukhuwah kita..

Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku,
Ku akan letak dirimu di dalam peti sanubari,
Agar manusia lain tak mampu mencerobohi,
Ukhwah fillah abadan abada,
Ku ingin kau sentiasa di sisi,
Mendengar bait bait bicaraku,
Mendengar keluhanku,
Dan berkongsi kebahagiaan denganku..

Ku ingin kau sentiasa menjadi lautan untukku,
Yang sentiasa memberiku ketenangan,
Ku ingin kau sentiasa menjadi burungku,
Yang sering berkicauan di sampingku,
Ku ingin kau sentiasa menjadi bunga yang mekar di dalam hatiku..

Kerna ku amat menyayangimu...