Wednesday 26 April 2017

Sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Menahan rindu

Hadirmu begitu beerti dalam hidupku,
Kerna kau berjaya membawa sinar baru dalam diriku,
Yang orang lain tak mampu lakukan untuk diriku..

Kaulah bidadari tak bersayapku,
Hadirmu membelai jiwaku,
Dirimu berjaya menghasilkan coretan yang indah dalam hidupku,
Yang takkan mampu ku padam,
Ataupun lupuskan dari kehidupanku..

Aku sungguh rindu dengan dirimu,
Meskipun kau berada di depan mataku,
Lebih-lebih lagi bila kau berjauhan dariku,
Ku hanya mampu menahan rindu,
Yang semakin membelenggu diriku..

Ku amat menyayangimu,
Ku tak sanggup kehilanganmu,
Tetaplah di sisiku,
Kerna ku pasti jiwaku kan kekosongan tanpa dirimu di sisi..

Ku selalu merinduimu,
Kerna kau seperti bulu perindu,
Membuat orang tak pernah jemu,
Ikhlas menabur kasih,
Dan mewujudkan ukhuwah kita..

Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku,
Ku akan letak dirimu di dalam peti sanubari,
Agar manusia lain tak mampu mencerobohi,
Ukhwah fillah abadan abada,
Ku ingin kau sentiasa di sisi,
Mendengar bait bait bicaraku,
Mendengar keluhanku,
Dan berkongsi kebahagiaan denganku..

Ku ingin kau sentiasa menjadi lautan untukku,
Yang sentiasa memberiku ketenangan,
Ku ingin kau sentiasa menjadi burungku,
Yang sering berkicauan di sampingku,
Ku ingin kau sentiasa menjadi bunga yang mekar di dalam hatiku..

Kerna ku amat menyayangimu...

No comments:

Post a Comment